Netizen Bimbang Buah Kurma Jenama Terkenal Ada Lipas

Kurma merupakan salah satu buah yang berasal dari negara Timur Tengah yaitu Arab. Kurma mempunyai rasa yang manis dan hanya dapat tumbuh di daerah yang mempunyai iklim panas seperti Arab. Walaupun bentuknya kecil, tapi ternyata kurma sangat baik untuk kesihatan.

Dalam kurma mengandung banyak vitamin dan mineral yang tentunya dapat menjaga kesehatan pada saat kehamilan. Bulan Ramadan sememangnya sangat sinonim dengan pengambilan buah kurma ketika bersahur mahupun berbuka puasa.

Namun, sejak semalam perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita Siti Norbaya telah mengejutkan ramai orang tentang bahayanya jika tidak memeriksa buah kurma sebelum makan. Berikut posting yang dibuat olehnya.

Melalui gambar yang dimuatnaik, Siti Norbaya mendakwa kebanyakan buah kurma kering yang dijual di pasaran mempunyai anak lipas atau pun bubuk di dalamnya. Perkongsian ini mendapat reaksi orang ramai dengan mengatakan kejadian sebegini mudah terjadi sekiranya bungkusan Kurma tidak ditutup dengan sempurna kerana ia lebih mudah bagi benda asing untuk masuk ke dalam kotak lebih-lebih lagi makan manis.

Apa-apa pun kita seharusnya sentiasa berjaga-jaga terutamanya bila ia melibatkan makanan bukan buah kurma sahaja.

Sumber

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN