Sebuah video yang memaparkan gelagat seorang pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen di Jalan Tunku Abdul Rahman, telah menjadi viral di laman media sosial.
Video itu pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL mendekati gerai peniaga yang menjual alat permainan kanak-kanak itu, dan menyatakan hasrat untuk menutup gerai itu.
https://www.youtube.com/watch?v=z_2hhJxwFmg
Kelihatan seorang pegawai penguatkuasa melihat peniaga itu mengamok sambil mempertikaikan hak seorang agama Islam. Malah peniaga tersebut turut bertindak agresif dengan meninggikan suara dan suasana menjadi kecoh.
Peniaga tersebut naik berang dengan memekik dengan mendakwa anaknya OKU dan tidak patut diperlakukan sebegini. Apa-apapun kalau berniaga pun kenalah ada lesen, semua akan jadi lancar kalau semua didaftarkan dengan baik. Betul tak?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.