Pagi ini menyaksikan Proton dan Geely menandatangani Perjanjian Definitif yang akan menyaksikan syarikat China mengambil kepentingan besar dalam pembuat kereta Malaysia dan anak syarikat Lotus.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak merasmikan SUV pertama PROTON, kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Geely Holdings, Geely Boyue.  Ia akan menjadi SUV pertama PROTON yang dipasang di kilang PROTON Tanjung Malim, Perak.

IKLAN
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu (kanan) memperkenalkan Geely Boyue baru untuk tontonan awam selepas majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Sebelum ini Proton tidak pernah membina kenderaan SUV, salah satu segmen yang kini cukup laris di rantau ini. Di China, Boyue ini dipasarkan dengan dua pilihan enjin iaitu JLD-4G20 petrol 2.0L (Aspirasi Biasa) dan JLE-4G18TDB 1.8 liter Turbo. Masing-masing menghasilkan kuasa 139 kuasa kuda dan 181 kuasa kuda.

Sumber BH