Wanita yang sering dihimpit kontroversi mengenai status gender ini giat mengembangkan perniagaannya dalam bidang kecantikan. Nur Sajat pengasas produk kosmetik dan kecantikan, ‘Let’s Cantik’ ini telah membuktikan bahawa dia akan terus menempa kejayaan. Baru-baru ini Nur Sajat telah menerima Anugerah Khas Usahawan ( Butik dan Kecantikan) oleh Konsortium Niaga Global Sahabat Intelek. Anugerah ini disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan In­dustri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram, Nur Sajat meluahkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan ini kerana disebalik kejayaan ini, ibubapanya yang banyak memberi sokongan.

Sumber Instagram Nur Sajat

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry