Gambar Bogel Tersebar? Penyanyi Baru Ini Penuh Kontroversi

659

Penyanyi baru ini dikhabarkan baru sahaja melancarkan dua single nya pada minggu yang lalu di ibu negara. Satu kejayaan yang besar buat beliau kerana bukan sahaja telah melancarkan single ini malah kesemua lagu beliau telah menjalani penggambaran di luar negara .

Menurut laporan dari Sinar Harian, penyanyi baru yang dikenali sebagai Mizio ini menaruh harapan besar lagunya diterima peminat dan kini dia melancarkan dua single secara serentak iaitu Izinkanlah dan Memori Duka adalah untuk merealisasikan minat dan impiannya untuk mempunyai single sendiri sejak sekian lama.

“Sebab saya bukan orang seni dan pastinya, saya perlu tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman, khasnya dari segi vokal,” katanya yang pernah menjadi bahan gurauan kerana dikatakan memiliki suara yang agak sengau.

Mstar melaporkan Mizio ketika majlis pelancaran dua single terbarunya di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sudah mencecah lebih 85,000 tontonan di Youtube selepas dimuat naik. Difahamkan penyanyi ini juga merancang untuk melebarkan sayapnya ke China bagi merakam lagu Mandarin tidak lama lagi.

IKLAN

Pelihara Anjing

Suatu ketika dahulu pernah terpalit dengan kontroversi menerusi sebuah artikel dari Kosmo di mana gambar dia berjubah di Janda Baik, Pahang yang memelihara 50 ekor anjing dari baka terkenal seperti Rottweiler, French Mastiff, Sheetland Sheepdogdan lain-lain. Dengan menggunakan nama Muzaffar Kaisar Ishak, dia memiliki blognya sendiri yang kebanyakannya dipenuhi dengan cerita anjing-anjing yang dipeliharanya.

Gambar Bogel Tersebar

Apa yang mengejutkan, sebelum bergelar penyanyi, desas desus mengatakan beliau dahulunya merupakan seorang penari kelab bogel dan pernah mencetuskan kontroversi yang telah menggemparkan negara tidak lama dahulu.


Terkini, beliau turut dikhabarkan suka memuat naik gambar bogel beliau di media sosial. Tak perlu untuk di letakkan disini, anda boleh google dan boleh lihat foto-fotonya kurang sopan. Dari bergambar tidak berbaju hinggalah aksi di ranjang.

Mungkin ini hanya sejarah silam buat Mizio dan kini dia lebih matang malah sudah bergelar usahawan sekaligus menjadi inspirasi pada anak muda. Apa-apa pun diharap, penyanyi ini akan memadam gambar-gambar bogelnya itu supaya tidak akan tercetusnya kontroversi lain pada masa akan datang. Semoga terus sukses!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry