Kecoh seketika apabila isu seorang lelaki yang dikenali sebagai Mazrul Hisham memuat naik gambar seorang remaja lelaki yang dipercayai ingin merakam video lelaki yang ingin membuang air kecil di dalam tandas pusat membeli belah terkenal, The Mines.

Insiden tersebut telah disedari oleh seorang kakitangan pusat kecergasan, Celebrity Fitness apabila beliau menyedari terdapat individu yang cuba merakamkan video beliau membuang air kecil di dalam tandas tersebut menggunakan telefon pintar.

Menyedari akan perilakunya dirakamkan, mangsa bertindak dengan merentap telefon pintar milik remaja tersebut dan menahan beliau. Menurut salah seorang pengguna tandas tersebut yang dikenali sebagai Mazrul Hisham yang memeriksa telefon bimbit remaja berkenaan,

” Lebih dari 30 koleksi video, ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan dan saya bernasib baik kerana kelibat saya tiada dalam video tersebut”

Ujar beliau yang lantas ke tandas tersebut selepas mendengar kekecohan yang berlaku. Menurut sumber, remaja lelaki berkenaan merupakan pelajar Doktor Falsafah di universiti tempatan berhampiran.

IKLAN

Sebelum ini, kegiatan merakam lelaki di tandas awam pernah menjadi isu hangat kerana terdapat beberapa laman sesawang yang aktif merakam lelaki membuang air kecil di tandas – tandas awam sekitar ibu negara.

Kepada lelaki di luar sana, hati – hati. Periksa dahulu keadaan di tandas awam kerana segala  – galanya mungkin akan berlaku

Sumber dan gambar Facebook Mazrul Hisham 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry