Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Dua Hos Berbasikal Selama 5 hari Sejauh 500km Dalam ‘JEJAK TERER’

by Zaidin Albert
August 9, 2017
Share on Facebook

Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv telah melancarkan program travelog real time terbaharu, ‘Jejak Terer’ yang dibawakan oleh MyEG di hurr.tv.

Program ini akan berlangsung selama lima hari dengan lima sesi siaran secara langsung disiarkan di laman web hurr.tv (www.hurr.tv) serta di laman media sosial YouTube dan Instagram bermula 19 Ogos 2017.

Program yang dihoskan oleh Mior Luqman Hakim @Myo Oh Chentaku dan Zahir Zainuddin ini akan melihat cabaran mereka berbasikal dari Kuala Lumpur ke Langkawi tanpa wang, dan hanya berbekalkan makanan yang terhad dan telefon bimbit.

Sepanjang perjalanan, mereka akan berkongsi pengalaman berbasikal secara real time dan hanya bergantung pada kecerdasan, kepintaran dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran berkenaan.

Penaja utama program, MY E.G. Services Berhad akan menyumbangkan RM10,000 untuk setiap 100km yang berjaya dilalui dan jumlah akhir pada penghujung program akan disumbangkan kepada lima buah rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah, Rumah Amal Cahaya.

Kasih Bestari, Rumah Anak Yatim & Hidayah Al-Hijrah, Rumah Kasih Nurul Hasanah dan Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa.

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata,”‘Jejak Terer’ adalah satu eksperimen sosial yang unik untuk mengenali rakyat Malaysia yang prihatin, termasuk hos yang melalui cabaran fizikal ini, dan orang ramai yang mereka temui sepanjang perjalanan, semuanya disiarkan secara ‘real time’. Ini adalah peluang untuk memupuk nilai murni, dan pada masa sama mengumpul dana bagi tujuan yang mulia.”

“Penonton juga boleh memainkan peranan mereka untuk menyumbangkan sebarang jumlah sepanjang program berlangsung untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim terpilih. Penaja utama kami MyEG akan turut menggandakan jumlah yang disumbangkan orang ramai di akhir program,” tambahnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by ????.?? (@hurr.tv)

Untuk maklumat lanjut, layari www.hurr.tv atau layari lama media sosial:
Facebook , Instagram , Twitter 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hurr.tvjejak terer
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara