Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

3 VVIP Termasuk Dua Kerabat Diraja Bakal Berentap di Sukan Sea 2017

by Khai Azfar
August 11, 2017
Share on Facebook

Minggu hadapan Malaysia bakal menjadi tumpuan apabila Sukan Sea 2017 bakal membuka tirainya. Pelbagai persiapan telah dibuat termasuk membaik pulih beberapa kemudahan yang menarik perhatian ramai.

Namun di sebalik jangkaan kemeriahan tirai pembukaan, terdapat 3 atlet yang bertaraf VVIP bakal berentap di dalam sukan yang sama iaitu Ekuestrian. Dijangka ketiga-tiga individu yang disegani ini  bakal mencuri tumpuan lensa kerana dua daripadanya terdiri daripada kerabat diraja dan seorang menteri. Sama-sama kita doakan kejayaan ketiga-tiga atlet ini!

1.Yang Teramat Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Malaysia telah mencipta rekod apabila menghantar seorang Sultan menyertai Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Malah untuk pengetahuan pembaca Hangat, YTM Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merupakan antara  empat ekuesterian terbaik negara dan tersenarai sebagai atlet ranking dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) .  Cukup membanggakan!

2. YB Khairy Jamaluddin 

‘ Daddy’ Malaysia, YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ juga mencipta sejarah apabila beliau merupakan Menteri Sukan yang pertama sertai kejohanan berprestij ini.  Tidak lari dari ujian saringan dan sebagainya, KJ juga lulus semua ujian dan bakal bertanding bagi acara ekuesterian- polo.

3. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen

Anakanda kesepuluh Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini sememangnya dikenali sebagai seorang yang lasak dan aktif dalam pelbagai sukan termasuk bagi sukan ekuesterian-polo yang akan diwakili oleh beliau bagi negara Brunei. Sebelum ini, YTM Abdul Mateen turut mencuri perhatian dengan minatnya dalam diving.

KJ Dedah Hampir Pitam 10 Meter Bawah Laut, Akui Topeng Selam Jadi Punca
abdul mateenbruneiKhairy Jamaluddinkjpoloprince abdul mateenpusat ekuestrianSukan SeaSukan SEA ke-29sukan sea kuala lumpurSultan MizanSultan TerengganuYB KJ
https://lomp.at/cexez
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - LAC Malaysia
Sukan

LAC Malaysia Lancar LAC Community- Galakkan Gaya Hidup Aktif Melalui Sokongan Komuniti

by Nurul A.
April 26, 2026

Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2026, LAC Malaysia memperkenalkan LAC Community. Ianya satu inisiatif baharu yang menggalakkan orang ramai membina amalan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara