Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Tak Sangka! Selain Neelofa, 5 Artis Wanita Ini Galas Jawatan CEO

by Phic ARMAN
August 11, 2017
Share on Facebook

Tidak dapat dinafikan, dunia selebriti menawarkan pendapatan yang sangat tinggi. Walaubagaimanapun, tidak tidak ramai dikalangan selebriti yang memilih melebarkan sayap di dunia perniagan komersial untuk menambahkan kekayaan mereka. Ada yang menjalankan perniagaan sendiri, ataupun memegang jawatan penting di sebuah perniagaan. Berikut pilihan murai.my untuk 5 di antara selebriti dengan jawatan penting atau gelaran CEO di sebuah syarikat:

1. Neelofa

https://www.instagram.com/p/BXlyMcUFJHN/?hl=en&taken-by=neelofa

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Menurut hasil pencarian google dari murai.my, Neelofa telah menerima banyak anugerah global yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu. Untuk pengetahuan,  beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Naelofar Hijab”.

2. Amber Chia

View this post on Instagram

A post shared by Amber Chia ?? (@amberchia)

Mungkin jika disebut Chia Lee Peng, pasti ramai tidak mengenalinya, malah tertanya-tanya siapakah gerangan individu itu. Beliau merupakan Supermodel cantik dan seksi. Amber Chia telah menubuhkan akademi peragaan dan solekan iaitu Amber Chia Academy. Selain itu, dia yang mempunyai agensi model iaitu Runway Productions juga bergelar jurulatih catwalk kepada beberapa supermodel Ford seperti Kelly Jagan.

3. Datuk Rafiena Ezanee Ramli

Pada usia 32 tahun, pelakon Datuk Rafiena Ezanee Ramli sudah memiliki kemewahan dan kedudukan yang diimpikan. murai.my kagum dengan pencapaiannya beliau sehingga ke tahap ini. Beliau merupakan CEO dalam syarikat produksi sendiri, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd.

Rafiena yang pernah bekerja sebagai pramugari ketika berusia 18 tahun telah menerbitkan beberapa buahy drama seperti Hijrah Catrina, Dendam Seorang Isteri, Di Garisan Takdir dan Lepaskan Aku Pergi sebelum M.A.I.D, Jodoh Sebelah Pintu, Racun Menantu, Kubur Berdarah dan Tanggang Ayu.

4. Datuk Siti Nurhaliza

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dengan kejayaanya dalam bidang muzik, Siti menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. — dengan aktivitinya yang melibatkan bidang hiburan secara amnya. Dari sumber yang murai.my temui, beliau sebenarnya CEO pada empat anak syarikatnya yang terdiri daripada Siti Nurhaliza Collections (koleksi cenderamata), Siti Nurhaliza Marketing (pemasaran), SN Mobile Digital (telekomunikasi mudah alih) dan Siti Sound (audio dan bunyi). Beliau juga merupakan presiden bagi syarikat rangkaian kosmetik miliknya, SimplySiti Sdn. Bhd.

5. Rozita Che Wan

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan sebenarnya sudah memiliki syarikatnya sendiri. Pada tahun 2014 Che Ta bergelar penerbit menerusi produksi Padusi Pictures yang dikongsinya bersama suami, Zain Saidin. Produksi itu menerbitkan program TV seperti Rahsia Memikat Suami (2014) dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015) kedua-duanya dikendalikan oleh pelawak Jihan Muse.

6. Datin Tiara Jacquelina

View this post on Instagram

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

Dikenali sebagai personaliti yang gemar mencuba dan mengambil risiko dalam setiap karyanya, umum tahu hasil kerja Tiara tidak pernah mengecewakan. Malah, Tiara Jacquelina merupakan ikon seni yang tak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya. Aktres terkenal, Tiara Jacquelina memupunyai syarikat miliknya, Enfiniti Vision Media Sdn Bhd.

Difahamkan beliau memilih Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk menggalas tanggungjawab dalam bidang pengurusan serta kewangan yang mampu membawa syarikatnya ke peringkat lebih tinggi.

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring'
Aku Yang Masak Kau Yang PanasAmber Chiache taDatin Tiara JacquelinaDatuk Rafiena Ezanee RamliEnfiniti Vision Media Sdn BhdEngku Emran Engku Zainal Abidinizara aishahjihan museNaelofar Hijabneelofaneelofa hijabRahsia Memikat Suamirozita che wanSimplySiti Sdn. Bhd.Siti Nurhaliza MarketingSN Mobile Digitazain saidin
https://lomp.at/768st
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore