Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Tunku Tun Aminah Sempurnakan Majlis Khatam Al-Quran

by Khai Azfar
August 14, 2017
Share on Facebook

Pada sabtu , 13 Ogos yang lalu, satu Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung di Istana Bukit Serene bersempena dengan Istiadat Perkahwinan DiRaja YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan Encik Dennis Muhammad Abdullah pada hari ini.

Turut kelihatan dalam majlis yang serba sederhana ini adalah DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan Kerabat DiRaja Perak, serta isteri-isteri pegawai daerah Johor.

Dalam majlis tersebut, Tunku Tun Aminah atau lebih mesra disapa sebagai Tunku Inah telah memperdengarkan bacaan surah lazim Al-Quran diikuti tetamu yang lain dan diakhiri dengan doa yang telah dibacakan oleh guru agama Tunku Tun Aminah, Ustazah Hajah Raimah Binti Kemat.

Terdahulu, Encik Dennis Muhammad Abdullah telah memeluk Islam dan mula mempelajari agama dan Al-Quran yang dibimbing oleh mufti Johor.

Hari ini negeri Johor bakal bermandikan cahaya bukan sahaja kerana Puteri Johor,YAM Tunku Tun Aminah bakal berkahwin dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah malah hari yang bersejarah ini juga merupakan hari keputeraan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah yang ke 58.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku Raja Zarith Sofiah dan permudahkan urusan Istiadat Perkahwinan DiRaja YAM Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Sumber Facebook The Royal Johor

[VIDEO] 'Me Time' Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun
dennis muhammaddennis muhammad abdullahDennis Verbaasgambar dennisgambar kahwin tunku aminahgambar perkahwinan tunku tun aminahgambar suami tunku aminahpermaisuri johorputeri johorraja zarith sofiahtunku aminahtunku aminah maimunah iskandariahtunku inahtunku tun aminahwajah dennis muhammad
https://lomp.at/p8e3z
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara