Netizen Jangan Dengki Tak Tentu Pasal- Awal Ashaari

Mesti Baca

Sejak akhir-akhir ini ramai pula netizen yang menjadi ketagih kecam segala aktiviti selebriti. Seperti yang berlaku pada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah mengadakan lawatan ke Ipoh bersama rakan-rakan baru-baru ini.

Awal berkongsi gambar-gambar ketika berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sana menerusi laman Instagram.

Bagaimanapun salah seorang netizen ini tanpa usul periksa telah menegur yang beranggapan pengacara itu seakan sengaja ingin menayangkan kemewahan kepada umum.

Pengacara itu tidak berdiam diri, sebaliknya mempersoalkan kembali kritikan individu tersebut. Awal mendedahkan secara terperinci beberapa butir mengenai lawatan beliau termasuk kos yang dikeluarkan.

Pedas juga reaksi balas dari Awal ni, walaubagaimanapun sebagai selebriti memang tidak dapat nak lari segala kecaman dari netizen. Sesungguhnya netizen seumpama ini hidup menagih perhatian tanpa identiti. Sesuai dengan gelaran ‘Hantu Cyber’, mereka akan menggunakan akaun palsu. murai.my lihat netizen tersebut menggunakan akaun palsu yang sengaja mengganggu kehidupan selebriti.

Sumber IG Scha ALyahya

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan