Keunikan Persandingan Tunku Aminah & Dennis Curi Perhatian

Mesti Baca

Malam tadi telah berlangsungnya majlis persandingan pasangan diraja, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ismail dan pasangannya Encik Dennis Muhammad Abdullah di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.

Terdahulu, Tunku Tun Aminah telah sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz pada Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene, di sini, pagi Isnin.

Berikut adalah beberapa keping gambar sekitar majlis persandingan pasangan diraja ini;

Majlis yang diadakan serba indah ini turut disaksikan oleh rakyat Johor menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB).

Bandaraya Johor Bahru juga bermandikan cahaya lampu yang meraikan hari istimewa puteri kesayangan Johor ini.

Sumber The Royal Johor 

Terkini

Selain Neelofa, Perkahwinan Ini Juga Dikatakan Membelanjakan Jumlah Wang Yang Besar Di Hari Bahagia Mereka

Di Malaysia, perayaan perkahwinan kadangkala berlangsung selama beberapa hari. Sesetengah selebriti akan mengadakan majlis sambutan yang berbeza untuk keluarga,...

Artikel Berkaitan