Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gempar! Penyanyi Baru Ini Malu Mengaku Salem Sebagai Bapanya

by Khai Azfar
August 15, 2017
Share on Facebook

Baru-baru ini, nama penyanyi yang terkenal dengan lagu Suci Dalam Debu, Salem disebut-sebut kembali. Manakan tidak, Salem tampil memberi kenyataan mengenai seorang penyanyi baru, Syafiq Farhain.

Salem dikatakan tidak berpuas hati dengan Syafiq Farhain kerana mengaitkan namanya untuk tujuan promosi. Malah penyanyi baru ini yang juga anggota bomba dikatakan menyanyi lagu Salem tanpa kebenaran. Syafiq Farhain yang kini terkenal dengan single terbarunya, ‘Sayang Maafkan Aku’ merupakan anak kepada Salem.

Namun begitu, persoalan mengapa Salem marah dengan anaknya sendiri adalah kerana sebelum ini terdapat dakwaan dari Salem yang mengatakan anaknya itu malu mengaku Salem sebagai bapanya.

Malah menurut isteri Salem yang dikenali sebagai Julia Bachok, terdapat perselisihan faham antara penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu dengan anaknya Syafiq Farhain sejak beberapa tahun lalu yang belum diselesaikan secara baik. Sebagai seorang anak, Syafiq sepatutnya datang meminta maaf kepada bapanya atas apa yang pernah dilakukannya dahulu sehingga membuatkan Saleem terguris hati.

” Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.”

Malah menurut Julia, dia tidak mahu ada pihak lain yang mengambil jalan singkat dan mengaut keuntungan dengan cara mudah seperti menggunakan nama suami beliau. Sebagai contoh kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem telah menjejaskan sedikit sebanyak pendapatan Saleem yang masih aktif.

Apapaun, diharap hubungan dua beranak ini akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sumber MStar Online 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak salem iklimsalemsalem iklimsuci dalam debusyafiq farhainsyafiq farhain bomba
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara