Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

5 Filem Seram Suzanna Yang Buatkan Anda Tidak Boleh Tidur Malam

by Khai Azfar
August 15, 2017
353
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Suzanna mungkin asing bagi sesetengah daripada anda, tetapi jika disebut filem lakonan beliau seperti Telaga Angker, Sundel Bolong pasti anda akan teringat akan watak hantu-hantu yang menakutkan.

Jika di negara seberang, Suzanna cukup dikenali sehingga digelar ‘Ratu Filem Seram’ kerana sering memegang watak hantu di dalam filem-filem seram Indonesia. Walau bagaimana pun, pelakon ini telah pun meninggal dunia pada Oktober 2008 dan  cukup misteri kerana telah dikebumikan di dalam satu liang lahat dengan jenazah anaknya, Ari Adrianus dan kakaknya, Irene Beatrix van Osch.

Sepanjang kariernya, pelbagai khabar angin misteri telah dikaitkan dengan Suzanna termasuklah tabiatnya yang suka memakan bunga melati untuk tampak muda. Malah Suzanna juga dikatakan akan mengamalkan beberapa ritual aneh untuk menjiwai wataknya.

Berikut adalah 5 filem seram lakonan Suzanna yang pasti akan membuatkan anda tidak tidur lena:

1. SUNDEL BOLONG 


Filem Sundel Bolong cukup meninggalkan impak kepada penonton. Malah terdapat beberapa kes trauma dan histeria membabitkan filem ini. Masihkan anda ingat dengan adegan Sundel Bolong membeli beberapa puluh Sate dan menelannya sekali gus?

Mitos Sundel Bolong sering kali dikaitkan sebagai wanita berambut ikal mayang dan berbaju putih’. Secara zahirnya Sundel Bolong ini menyerupai pontianak/ kuntilanak.

2. MALAM SATU SURO 

” Suketi, manuta nduk, kowé arep takdadikké anak angkatku..”

Mantera tersebut telah dibaca oleh seorang Pawang yang menyeru Arwah Suketi untuk bangkit dari kubur dan menjelma sebagai Hantu Pocong. Suketi, asalnya adalah hantu sundel bolong yang kepalanya dicucuk paku oleh pawang untuk menjadi manusia dan diambil sebagai anak angkat oleh pawang tersebut. Suketi kemudiannya telah jatuh cinta dengan seorang lelaki Jakarta dan berniat untuk menikahinya.

Pernikahan mereka dilangsungkan pada malam satu Suro (salah satu bulan dalam bahasa jawa), namun dek kerana irihati orang tertentu, paku di kepala Suketi telah dicabut lalu bertukar menjadi Sundel Bolong. Filem ini dikatakan ‘keras’ kerana penonton mendakwa terbau kemenyan sewaktu filem ini dimainkan malah beberapa orang penonton turut dirasuk.

3. PERKAHWINAN NYI BLORONG 

Filem ini merupakan film of the year pada 1983 di Indonesia. Suzzanna memegang watak seorang wanita jelita yang bertubuh ular dari pinggang ke bawah.


Lebih bergenre fantasi berbanding seram, Perkahwinan Nyi Blorong mengisahkan Nyi Blorong, anak Nyi Roro Kidul yang menjadi rebutan raja dan pangeran yang ingin menjadikannya sebagai permaisuri. Walaupun filem ini tidak mempunyai elemen seram, namun lakonan yang begitu berkesan menjadikan perkahwinan Nyi Blorong sebagai salah satu filem Suzanna yang wajib ditonton

4. RATU BUAYA PUTIH 


Sumarna, seorang pawang buaya telah disumpah kerana berjaya menundukkan buaya-buaya di sebuah perkampungan. Sumarna mengadu nasib kepada Larsih, seorang janda muda (Suzzanna) yang merupakan Ratu Buaya Putih.

Sebagai rekod, filem ini kurang mendapat sambutan di Malaysia, namun mitos ini terkenal di Indonesia dan menjadikan filem ini sebagai salah satu filem box office

5.MALAM JUMAAT KLIWON 

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Minarti yang hamil di usia tua lalu meninggal dunia kerana disantau. Ceritanya beralih kepada Ayu, seorang penulis novel misteri yang sedang mencari inspirasi untuk menulis sebelum dipelawa kekasihnya untuk mencari inspirasi dengan menginap di sebuah rumah.

Pelbagai gangguan telah mereka alami kerana Arwah Minarti (Suzzanna) tidak suka akan kehadiran mereka.

Walaupun sudah tiada, nama Suzanna sebagai pelakon filem seram terkenal akan terus diingati. Selamat Jalan Ratu Filem Seram!

Sumber Creepy Posta 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gambar hantuhantu poconghantu sundel bolonghantu suzannamalam jumaat kliwonmalam satu suromitos sundel bolongperkahwinan nyi blorongratu buaya putihratu filem seramsundel bolongsuzannasuzanna sundel bolong
https://lomp.at/jcsv6
Share156Tweet82SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem