Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sah Cerai, Ini Pesanan Erma Fatima Selepas Bergelar Janda

by Khai Azfar
August 17, 2017
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Harini ini, bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pengarah dan pelakon drama Mak Cun, Erma Fatima disahkan cerai talak satu dengan pengarah terkenal Bade Azmi.

Bade telah melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin pada jam 11.35 pagi hari ini setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga bersama Erma Fatima.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53 selaku plaintif kes ini telah memfailkan permohonan bercerai pada 10 Ogos yang lalu. Kedua – dua mereka hadir berasingan dimana Erma hadir bersama adiknya, Betty Rahman dan peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara Bade tidak diwakili peguam.

“Saya mohon urusan rumahtangga saya dan hidup mati selepas ini biarlah antara saya dan Allah” Erma Fatima

Sebelum ini, Erma pernah memfailkan perceraian pada 2015 namun menarik balik permohonan tersebut selepas kedua-duanya mengaku masih saling sayang menyayangi. Bade dan Erma yang bernikah pada tahun 1991 mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

Pada awal 2014, dunia hiburan dikejutkan dengan Bade Azmi telah berkahwin dengan wanita bernama Aida yang berasal dari Pahang dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adik erma fatimaanak erma fatimabadebade hj azmibetty rahmanerma fatimaerma fatima bercerai
Share10Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    “Okeylah English Dia!” Peminat Puji Hakim Danish Petah Ditemu Bual Media Antarabangsa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara