Tanggal 30 Mac 2017 menjadi detik indah buat aktres jelita Nora Danish apabila sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Nedim Nazri. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 36 berkahwin dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Bagi menyemarakkan cinta mereka berdua, pasangan ini khabarnya bercuti bersama dua orang anaknya di Eropah. Nedim ada muatnaik satu gambar di Instagram menyaksikan isterinya memberi ciuman mesra dan seperti biasa gambar itu mendapat kecaman dari ‘haters’.

Rata-rata netizen suka lihat aksi mesra mereka berdua dan ada juga yang melontarkan kata-kata negatif dengan mendoakan perkara-perkara yang tidak baik pada pasangan ini. Berikut antara ‘haters’ yang cemburu dengan keakraban pasangan ini.

Namun kecaman sebegini membuatkan Nedim tidak senang duduk. Bengang dengan tindakan tidak sopan itu, Nedim memberi reaksi sangat ‘Win’ buat ‘haters’ yang bertuah ini.

IKLAN

Bila bertemu buku kena ruas, ini lah akibatnya.  Nedim menggelarkan segelintir ‘haters’ ini tak ubah seperti seekor Tenuk. Menganggu privasi orang lain yang tengah meniti kebahagiaan. Kami kurang pasti apa komen ‘haters’ tersebut yang menyebabkan Nedim berang. Ini kerana komen tersebut sudah dipadamkan.

Lucunya Nedim turut menghentam ‘haters’ tersebut dengan mengatakan wajah orang gajinya lebih cantik  dari wajah mereka. Itulah padahnya!

Namun ‘haters’ tersebut terus membalas dengan komen ini:

Setiap manusia popular tidak pernah terlepas daripada menerima komen serta kecaman. Kadang-kadang haters ini rasa diri mereka terlalu bagus dan cakap ikut sedap mulut sahaja. Yang kutuk tu rupa paras dia cantik sangat ke? Ke betul macam Tenuk?

Sumber IG Nedim

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN