Madonna telah meraikan ulang tahun usianya yang ke-57 tahun di Italy. Untuk berkongsi kegembiraannya bersama peminat, pelantun lagu “Vogue” ini pun memuatnaik gambar perayaan ulang tahunnya di Instagram.

Madonna telah berkongsi gambar dia sedang menunggangi seekor kuda putih. Penyanyi yang mendapat julukkan sebagai Ratu Pop ini memakai gaun lace hitam dan topi warna sedondon.

Dalam kapsyen-nya, Madonna hanya menulis pesan singkat yang berbunyi, “Karena Leo.” Kemudian ditambahkan berbagai emoji di belakangnya.

Gambar tersebut berjaya menarik perhatian peminatnya. Akan tetapi bukan kerana penampilan Madonna, melainkan kuda jantannya. Menurut laporan dariย Mirror, Kamis (17/8), ramai yang menyangka alat kelamin kuda tersebut adalah kaki Madonna. Ini kerana keduanya miliki warna yang sama.

IKLAN

Namun seolah-olah Madonna tidak peduli dengan semua anggapan dan andaian peminatnya itu. Dia telah memuatnaik sebuah foto lain menunggang kuda dariย angleย berbeza. “Likes to make an Entrance!!,” tulis Madonna yang tengah bercuti bersama anak-anaknya di negara Eropah.

Sumber Mirror

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry