Jika anda masih ingat, dahulu adegan bercium pasangan selebriti Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin pernah jadi bualan hangat. Gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres itu ketika bercuti di Greece mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun baru-baru ini, Che Ta sekali lagi telah memuatnaik gambar mesra bersama suaminya di Bandung. Dengan permandangan cantik berlatar-belakangkan keindahan Kawah Tangkuban Perahu, pasangan ini seolah-olah seperti bercumbu mesra. Namun jika dilihat pada hashtag yang disertakan, Che Ta menegaskan bahawa mereka bukan bercium tetapi berbisik.

Walaubagaimana pun, Che Ta tetap menerima kecaman dari netizen dengan menganggap gambar kasih sayang tersebut tidak sesuai dikongsi kepada umum.

Namun ada juga yang menyokong tindakan pasangan ini dengan memberitahu perkara itu tidak menjadi masalah kerana Che Ta  merupakan isterinya yang sah.

Tindakan pasangan itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen kerana aksi luahan cinta dan kasih sayang mereka berdua dilakukan secara terbuka. Walaupun ramai yang sudah mengetahui, gambar ini bukan bercium tapi Che Ta tetap terus dikecam.

IKLAN

Walaupun mereka suami isteri yang sah, Che Ta menyatakan dalam komen bahawa masih ramai lagi yang tak puas hati dengan tindakan mereka walaupun sekadar berbisik.

Apa- apa pun, kami mendoakan agar perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan dan berkekalan seperti yang mereka harapkan.

Sumber IG Che Ta

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry