Siapa kata gaya rambut messy cuma untuk acara santai sahaja? Gaya sebegini juga boleh dikenakan untuk menghadiri acara-acara formal.

Seperti pelakon dan model popular Izara Aishah yang kelihatan begitu menarik dan luarbiasa cantik dengan gaya rambut barunya. Bakal isteri kepada Adib Khalid ini kelihatan mencuri perhatian media ketika dia menghadiri pertunjukkan minggu fesyen Kuala Lumpur (KLFW) di ibu kota.

Nah! Ini gambar-gambar Izara menggayakan rambut seolah-olah baru lepas mandi. Luarbiasa cantik!

Izara dalam laman twitternya turut akui bahawa dia malas untuk berdandan rambut sehingga tercetuslah inspirasi penggayaan rambut ala-ala serabut ini.

Jadi anda tak perlu rungsing lagi nak buat rambut sampai berjam-jama dalam salon. Selepas mandi, biarkan sahaja rambut itu serabai, kerana gaya ini terbukti telah digayakan oleh ramai model malah boleh buatkan penampilan anda makin stunning!