Menerusi video live yang dimuat naik di FB BH Online sebentar tadi dapat menyaksikan penjelasan dari Hafiz Hamidun mengenai isu rumah tangganya bersama isteri. SIdang media itu dihadiri oleh wartawan-wartawan tempatan.

Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah kedengaran salah seorang wartawan bertubi-tubi bertanyakan soalan dalam nada yang tidak sepatutnya dilakukan. Seolah-olah beliau bertindak agresif bertanya pada Hafiz sehingga mengundang kemarahan netizen.

Beberapa netizen mula mengecam wartawan tersebut kerana agak kasar malah cuba bertanya soalan-soalan yang tidak wajar. Berikut antara komen-komen netizen;

Wartawan tersebut turut ditegur oleh netizen supaya lebih arif dalam bertanyakan soalan lagi-lagi berkenaan hal agama sebelum masuk dalam isu-isu sebegini. Difahamkan wartawan ini sudah lama dalam dunia hiburan dan memang terkenal dengan mulut lasernya.

IKLAN

Penyanyi Hafiz Hamidun tampil memberi kenyataan balas mengenai spekulasi hubungan dan isteri, Joy Revfa atau nama sebenarya Siti Arifah Amin.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry