Mencapai 45 juta penonton hanya dalam 4 hari, video klip lagu terbaru Taylor Swift ,‘Look What You Made Me Do’ dikatakan turut mengalahkan rekod yang dipegang oleh Adele dan Madonna.

Sejurus sahaja dilancarkan secara rasmi di VMA ahad lalu, peminat membuat andaian bahawa lagu tersebut berkait rapat dengan beberapa individu yang dikatakan mempunyai masalah dengan Swift.

1. Batu nisan yang tertera nama Nils Sjoberg pada permulaan lagu.

Jika anda memang peminat tegar Swift, anda pasti akan ingat dengan nama pena Nils Sjoberg . Nama ini adalah nama penulis lagu bekas teman lelaki Swift, Calvin Harris bagi lagu This Is What You Came For . Sebelum ini peminat berteka teki mengenai nama tersebut sehinggalah terbongkar bahawa Sjoberg sebenarnya adalah Swift.

2. Taylor Swift baring bersama berlian di dalam tub mandi

IKLAN

Simbolik ini dikaitkan dengan kemenangan Swift dalam kes beliau dicabul DJ radio, David Mueller. Uniknya lagi Swift hanya meminta ganti rugi sebanyak 1 Dollar dan peminat menganggap beliau berbuat demikian kerana sudah kaya. Sebelum ini Hangat pernah menyiarkan kisah penyanyi ini menyaman DJ radio berkenaan

3. Berpakaian seperti Katy Perry.

Di dalam video klip berkenaan, Swift telah membawa kereta sport berwarna emas dan melanggar tiang pole. Malah rambut Swift juga dikatakan hampir sama dengan rambut Perry di dalam video klip Waking Up In Vegas.

Di dalam video gerak perlahan Swift ketika insiden perlanggaran tersebut, kamera turut memfokus Grammy Award yang dipegangnya. Sehingga kini Swift telah berjaya merangkul 10 Grammy manakala Perry hanya tercalon untuk beberapa kali dan tidak pernah memenangi anugerah tersebut.

4. 8 Orang penari yang memakai t-shirt ‘ I Heart TS’

IKLAN

Disebalik perkataan I Heart TS, 8 orang penari ini cukup unik untuk dikaitkan dengan jumlah bekas teman lelaki Swift seramai 8 orang. 8 selebriti yang pernah menjadi teman lelaki Swift adalah Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal, Conor Kennedy, Harry Styles, Calvin Harris dan Tom Hiddleston

5. Swift memerli Kanye West dan Kim Kardashian di dalam lirik lagu

Rata – rata peminat sudah mengetahui persengketaan yang terjadi di antara West dan Swift apabila Kanye West telah bertindak memotong ucapan Taylor Swift ketika di MTV Video Music Awards 2009 . Di dalam 40 saat terakhir video klip lagu Look What You Made Me Do, Swift telah menyebut “I’d very much like to be excluded from this narrative,” dimana ia ditujukan buat West dan Kim Kardashian

Sebenarnya terdapat banyak lagi makna tersembunyi di dalam lagu terbaru Swift ini. Jika lagu ini sudah mempunyai pelbagai cerita, bagaimana pula dengan lagu – lagu lain di dalam album Reputation kelak?

Sumber Rolling Stone 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry