Seronok juga jika bergelar selebriti popular seperti Nora Danish. Semalam ketika membelek Instagram isteri kepada Nedim Nazri ini, murai.my dapat lihat Nora sempat berkongsi beberapa gambar barang-barang berjenama yang diterimanya sebagai hadiah seperti beg tangan Coach X Selena Gomez berwarna merah yang bernilai ribuan ringgit.

Menurut laporan dari Wanista, Selena bekerjasama dengan pengarah kreatif Coach, Stuart Vevers, dengan menghasilkan hasil beg tangan yang eksklusif. Koleksi yang dinamakan Selena Grace ini didatangi dalam warna merah, hitam, kuning neutral, mudah untuk dipadankan dengan setiap fesyen pilihan.

IKLAN

Dalam posting di akaun Instagram miliknya, Nora cukup meluahkan rasa bertuah dan teruja bila dihadiahkan beg tangan edisi terhad ini bersama bomber jacket warna merah yang sangat digemarinya. Koleksi beg tangan mewah ini telah mengingatkannya pada konsert yang Selena di Malaysia pada tahun lepas. Nora yang turut menyaksikan konsert itu akui sehingga kini dia masih tidak dapat lupakan kejelitaan dan bakat Selena ketika membuat persembahan.

Sumber IG Nora Danish

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry