Kain Pelikat dipakai oleh kaum adam manakala kain batik dipakai oleh kaum hawa. Walaupun pakaian ini sudah diguna sejak zaman atuk dan nenek kita, tapi sehingga kini masih ramai yang pakai lagi kerana selesa.

Malah sejak akhir-akhir ini kain pelikat sudah menjadi satu fesyen untuk dikenakan oleh model di dalam sesi fotografi. Baru-baru ini gambar finalis Asia Top Model musim kelima, Alicia Amin diapit bersama dua orang model lelaki jadi pertikaian.

Dua model lelaki memakai kopiah di kepala dan mengenakan kain pelikat sehingga menampakkan betis menjadi persolalan di kalangan netizen. Salah seorang netizen menegur gambar tersebut dengan menulis;

Pakai kopiah,pakai kain pelikat tapi pegang perempuan nampak lutut…just tegur

Sebelum ini nama model antarabangsa tersebut hangat diperkatakan apabila gambar–gambar seksi beliau ketika menjayakan beberapa penggambaran iklan dan produk tersebar.

IKLAN

Sumber IG Alicia AMin