Shakira, penyanyi latin yang berjaya meraih namanya di dalam industri muzik dunia dan sering membawa pulang berbagai penghargaan, dari MTV Music Awards sehinggalah Billboard Music Awards.

Penampilan unik Shakira dengan goyang pinggulnya dan muzik energik, membuat karyanya menjadi lagu rasmi di Piala Bola Sepak Dunia, termasuk lagu hits “Waka Waka’.

Kali ini, Shakira memberikan kejutan dengan memasukkan unsur budaya Indonesia di dalam video klipnya. Lagu “Perrfo Fiel”  merupakan buah tangan dan menjadi karya terbaru Shakira.

IKLAN

Dari latar belakang video, terlihat suasana permandangan pantai yang indah. Rupanya pengambilan videoklip “Perro Fiel” diambil di Pantai Sanur, Bali.

Dalam video yang dimuatnaik Instagram Shakira baru-baru ini, terlihat seorang instruktur zumba dan beberapa penarinya. Seorang pria dengan kostum tari Kecak yang sudah disusun atur tariannya.

Untunglah! agak-agak bila artis antarabangsa seperti Syakira ini mahu menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran video klipnya ya?

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry