Menjadi anak kepada pasangan paling terkenal di Hollywood rupanya membuat Brooklyn Beckham terus menjadi perhatian dunia. Malah penampilan anak sulung David dan Victoria Beckham ini jadi perbincangan hangat bagi peminatnya di seluruh dunia.

Mengenai soal penampilan, baru-baru ini ternyata remaja berusia 18 tahun itu baru saja mengubah gaya rambutnya. Tak lagi panjang atau bergaya uppercut seperti sedang trend masa ini, Brooklyn justru tampil berbeza dengan potongan buzzcut macam ‘abang askar’.

https://www.instagram.com/p/BYrv22aDekn/?hl=en&taken-by=brooklynbeckham

Jejaka yang dikhabarkan kembali menjalin hubungan cinta dengan Chloe Moretz ini pertama kali menunjukkan penampilan barunya itu melalui Instagramnya. Brooklyn memuat naik sebuah foto hitam putih.

Dalam foto tersebut, Brooklyn tak berbaju dan memakai anting serta kalung yang membuatkan dirinya nampak macho. Manakala di dada bahagian kirinya, terlihat tatoo Brooklyn yang didedikasikan untuk ibunya.

Ternyata di ruangan komen, rata-rata peminatnya tidak begitu gembira dengan imej baru rambutnya. Ada yang mendakwa imej sebegitu tak ubah seperti seorang penjenayah.

IKLAN

Sumber IG Brooklyn Beckham

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry