Ketika ini, pelakon jelita Nur Fazura dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menjalani penggambaran Ayat-ayat Cinta 2 di Eropah.

Rugilah jika sudah ke tempat orang dan tidak merakamkan gambar kenangan bukan? Namun berlainan pula yang  jadi pada salah sebuah gambar yang dimuat naik oleh Fazura di Instagram nya.

Di dalam gambar tersebut, Fazura dilihat sedang menaiki sebuah teksi di London dan entah dimana silapnya netizen hangat bercakap mengenai gambar tersebut sehingga mencecah 1000 komen.

Hangat difahamkan fake taxi yang disebut-sebut oleh netizen di ruangan komen pelakon ini adalah mengenai sebuah produksi yang merakamkan video lucah di dalam teksi tersebut dan digelar sebagai fake taxi.

IKLAN

Turut membalas komen tersebut adalah mereka yang beranggapan rekaan teksi tersebut sememangnya digunakan di London dan kenderaan yang dinaiki oleh Fazura bukanlah kenderaan yang digunakan untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral itu.

Apa pun tahniah buat Fazura yang membintangi filem terkenal ini. Tidak sabar nak tunggu kemunculan Fazura dalam filem Ayat Ayat Cinta 2.

Sumber Instagram Fazura 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN