Semalam, Hangat telah membongkar mengenai pengarah terkenal. Ahmad Idham yang dikatakan ‘kantoi’ melayari akaun pelakon lucah di Twitter.
Perkara tersebut telah disedari oleh pengguna Twitter yang perasan akan tanda suka (like) pada salah sebuah video pelakon berkenaan.
Bagi menjernihkan kontroversi tersebut, melalui sebuah portal hiburan, Ahmad Idham tampil memberi penjelasan
” Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan dekat kita. Tipulah kalau cakap saya tak pernah tengok video lucah tapi bukan saya yang cari video tu tapi sebaliknya ada orang yang hantar bukan-bukan di laman sosial, bila buka barulah tahu kandungan tidak senonoh..”
Malah seperti yang dijangka oleh kami di Hangat, Ahmad Idham tidak menolak kemungkinan akaun beliau digodam dan beliau malas memikirkan perkara tersebut kerana terdapat banyak cara orang boleh memalukan sesebuah pihak
Tambah Ahmad Idham, beliau meminta supaya netizen diluar sana mengabaikan perkara yang tidak berfaedah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.