Pada 2015, industri hiburan antarabangsa dikejutkan dengan penyakit yang dialami penyanyi terkenal, Selena Gomez yang menderita penyakit Lupus.
Penyakit ini lazimnya menyerang buah pinggang dan kulit pesakit dan antara nama popular yang juga menghidapi penyakit yang sama adalah mendiang Michael Jackson, Toni Braxton dan Kelle Bryan.
Menerusi laman Instagram nya, Gomez telah memuat naik gambar terbaru beliau bersama sahabat karibnya, Francia Raisa di sebuah hospital. Raisa telah bermurah hati untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Gomez kerana sedar akan risiko yang dihadapi oleh sahabatnya itu.
Gomez turut menjelaskan sebab kenapa beliau semakin kurang dilihat di dalam industri dan menjawab spekulasi mengapa beliau tidak mempromosikan album terbarunya.
Tambah Gomez, beliau turut meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana sahabat karibnya itu sudi mendermakan sesuatu yang bernilai buat beliau.
Sebelum ini, Gomez dilihat telah bergambar dengan pelakon terkenal, Fazura di Kota London itu. Adakah itu bermakna penampilan terkini Gomez selepas menjalani rawatan? Semoga Selena Gomez cepat sembuh dan kembali beraksi di atas pentas.
Sumber Instagram Selena Gomez
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.