Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Respek! Usaha Aaron Aziz Untuk Pusat Tahfiz Terbakar Harus Dipuji

by Phic ARMAN
September 19, 2017
Share on Facebook

Kebakaran yang meragut 24 nyawa termasuk pelajar dan guru di Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah meruntun jiwa beberapa golongan selebriti tanah air tempatan.

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi misalnya menggesa orang ramai supaya menjaga sensitiviti keluarga mangsa dengan tidak terbabit menyebarkan sebarang klip video berhubung kejadian kebakaran. Tak kurang juga, Hos TV popular, Nazrudin Rahman mempersoalkan kenyataan ‘mati syahid’ yang dikeluarkan oleh pengetua Pusat Tahfiz tersebut sehingga mencetuskan kontroversi.

Antara mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Al-fatihah.

Turut merasa marah dengan tindakan luar batasan kanak-kanak yang melakukan perkara tersebut, Sharnaaz Ahmad yang menyuarakan pendapatnya di Instagram.

Dalam ramai-ramai selebriti ini, ada selebriti yang memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan di media sosial, namun ternyata dalam diam-diam mereka telah melakukan usaha-usaha murni bagi meringankan beban mangsa.

View this post on Instagram

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Terbaru, pelakon popular drama bersiri My Darling! Inspektor Daniel, telah melaksanakan program Projek Derma Kilat Aaronators FC bagi mendapatkan sumbangan khas buat Ustaz dan anak-anak Darul Quran Ittifaqiyah. Difahamkan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM8260 dalam beberapa hari hasil sumbangan dari penderma seluruh Malaysia dan Singapura.

Aaaron berharap usaha Projek Derma Kilat ini dapat meringankan beban kesemua mangsa dan mendoakan mereka sentiasa dilidungi Allah.

We manage to raise a total of RM8260 within a few days. Semoga Ustaz2 dan anak anak Darul Quran Ittifaqiyah tabah dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin #sahamakhiratkami

Rata-rata netizen memuji usaha Aaron dan seluruh ahli kelab peminat Aaronators kerana prihatin dengan masalah yang dialami oleh penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aaron azizPusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara