Datin Sharifah Shawati Syed Mohd, sememangnya sinonim dengan ikon fesyen dan transformasi imej peribadi. Sememangnya agak jarang untuk melihat bekas personaliti TV3 dan RTM ini muncul di kaca TV. Shawati, 47, mendirikan rumah tangga bersama suaminya 23 tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Wan Adam Syafiq, 18, dan Wan Maya Latisya, 15.

IKLAN

Pada yang belum tahu, bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini sibuk dalam perniagaan pakaian jenamanya sendiri, Shawati. Mendapat inspirasi daripada kerjayanya sebagai perunding imej, Shawati tampil dengan koleksi pakaian korporat.

Konsert JLo All I Have

Baru-baru ini menerusi Instagramnya, dia telah ke Las Vegas untuk menyaksikan sendiri persembahan di konsert Jennifer Lopez berjudul ‘All I Have’. Ternyata Shawati sangat teruja dengan peluang keemasan ini lagi-lagi ia umpama hadiah sempena hari jadinya. Dalam salah satu gambar yang dimuatnaik, kapsyen bertulis;

Best impromptu birthday treat ever so far being close a few meters away from my idol the amazing superstar JLO!!! Loving this life thank you God. She’s superfine love her!

(Saya sangat teruja dapat bertemu dengan idola saya dalam jarak beberapa meter sahaja. Jlo sangat menakjubkan!)

IKLAN