Tak dapat dinafikan Rihanna memiliki citarasa dalam bidang fesyen yang cukup tinggi. Tak hairan bila dalam beberapa kesempatan di atas red carpet, dia tampil eksentrik dan cantik. Namun, keunikan gaya fesyen Rihanna membuatkan Puma melamarnya untuk berkolaborasi.

Gaya Rihanna yang unik melahirkan sebuah deretan kasut terbaru dengan nama Fenty X Puma. Nama Fenty sendiri diambil dari nama belakang penyanyi ‘Umbrella’ ini iaitu Robyn Rihanna Fenty. Macam mana rupanya ya?

Sebelum Fenty X Puma dilancarkan, Sneaker Fenty Trainer and Creepers dapat sambutan menggalakkan dan berhasil meraih penghargaan Shoe of The Year Award.

Namun kali ini rancangan RiRi agaknya membuat dahi para pengkritik fesyen berkerut. Ini kerana rekaannya seperti agak pelik dan luar biasa.

Ketika musim panas 2018 New York Fashion Week, RiRi bakal mempamerkan koleksi rancangannya yang terbaru. Salah satunya adalah flip flop heels atau sandal bertumit tinggi. Nah! Lihat lah sendiri, pelik tak? Sanggup tak anda membelinya?

IKLAN

Rata-rata netizen terkejut dengan rekaan terbaru Rihanna ini dengan mengatakan citarasa penyanyi popular ini semakin teruk.

Ada juga diantara mereka yang menganggap kasut ini sesuai untuk golongan orang tua atau warga emas!

Bagaimana dengan pandangan anda? Rasa nak beli tak?

Sumber Foot Wear News

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry