Baru-baru ini Katy Perry nampaknya sibuk dengan pertunjukkan perdananya Witness Tour pada Selasa lepas (19/9/2017) di Bell Centre, Montreal, Kanada. Busana yang dikenakannya cukup megah dengan warna merah berhiaskan permata serta tudung di atas kepala.

Penyanyi berusia 32 tahun ini telah mengumumkan tournya selepas ditunda kerana Katy Perry memerlukan lebih banyak waktu untuk mendapatkan elemen yang tepat dalam produksi pertunjukannya.

Pakai Tudung Merah

Salah satu media antarabangsa melaporkan bahawa ketika mengenakan kostum merah, Katy Perry menggunakan legging jenis jaring di bahagian kiri peha. Kelihatan Katy nampak anggun seolah-olah memakai hijab. Tak sangka, imej bertudung ala-ala tudung Siti Nurhaliza boleh dijadikan inspirasi buat Katy Perry. Adakah dia mula mempelajari tentang ajaran Islam dimana wanita muslim perlu menutup kepala atau berhijab.

Apa-apa pun mungkin ini hanya fesyen semata-mata, kerana Katy mengenakan tudung namun tubuhnya masih terdedah dan seksi.

Nah! Lihat saja gambar-gambar ini, manis kan?

IKLAN

Sumber Los Angeles Times

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry