Sepertimana yang kita tahu, vivo Malaysia menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta telefon pintar vivo V5 mereka, dan pada tahun ini beliau tampil semula dengan senjata swafoto vivo yang dinaik taraf, vivo V5s.

Terbaru, vivo Malaysia telah menambah seorang lagi sebagai duta produk Vivo. Mereka memilih pelakon dan penyanyi popular Janna Nick sebagai duta telefon pintar yang terbaru, Vivo V7. Majlis yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur menyaksikan pelancarannya dengan meriah sekali dengan kehadiran ramai selebriti tempatan.

Dengan nama yang semakin meningkat naik, penglibatan Janna Nick sebagai duta dilihat dapat memperluaskan lagi pengenalan produk terbaru Vivo itu kepada pembeli di Malaysia, kerana selebriti jelita ini mempunyai kumpulan peminat yang agak ramai.

Pada majlis tersebut, Vivo Malaysia melancarkan generasi terbaru dari Vivo V5 series iaitu smartphone Vivo V7 | Vivo V7+ yang hadir dengan kamera selfie revolusioner. Tetapi bukan cuma kamera selfie yang menarik dari Vivo V7 tetapi juga rekaannya yang begitu mewah cukup memukau.

Janna Nick ternyata tampil bersahaja pada majlis pelancaran tersebut dan turut mengusik beberapa hadirin yang hadir. Walaupun bergelar duta, Janna masih lagi menjadi dirinya dan tidak akan sama sesekali meninggi diri.

IKLAN

Turut kelihatan adalah penyokong dan peminat setianya yang turut hadir memberi sokongan. Tahniah Janna Nick!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry