• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

5 Kes Panas Yang Melibatkan Dato’ Boy Iman!

by Khai Azfar
October 1, 2017
Share on Facebook

Kasihan pula kami lihat pada Dato Boy Iman kerana setiap apa yang dilakukannya pasti akan dikecam netizen. Boleh dikatakan hampir semua perkara menimbulkan kontroversi. Buat anda yang terlepas pandang, 5 kes ini tercalit kontroversi DBI.

1. Menubuhkan Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman

Sewaktu tularnya pertubuhan ini, rata -rata netizen telah mengecam DBI gara – gara pengeluaran T-shirt dan sticker Majlis Paduka Ayahanda Dato’ Boy Iman. Ketika itu, DBI dianugerahkan pangkat ‘ayah’ di dalam Persatuan Pekida dan turut menubuhkan persatuannya sendiri.

2. Isu pembelian Dato

Sewaktu mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari Kerajaan Naning, sudahpun mencetuskan kontroversi apabila pangkat itu tidak diiktiraf oleh mana – mana kerajaan negeri mahupun negara.

Tidak cukup dengan itu, DBI turut mengumumkan beliau mendapat pangkat Dato dari kerajaan negeri Pahang. Kecaman hebat terus dilemparkan buat beliau kerana beliau hanya memuat naik gambar di hadapan pintu istana sehingga membuat ramai pihak mempertikaikan taraf dato tersebut.

3. Taraf kedoktoran yang tidak diiktiraf

Selain isu pangkat Dato, DBI juga telah mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor oleh sebuah universiti swasta luar negara.

Namun yang menjadi persoalan adalah majlis konvokesyen beliau hanya dibuat ringkas di dalam sebuah dewan yang dihiasi belon dan dihadiri oleh kenalan rapat sahaja, berbeza dengan istiadat konvokesyen yang lazim kita lihat.

4. Kes penyelewengan hartanah

Kes paling panas dikaitkan dengan beliau! Setelah ramai pihak ragu – ragu dengan nilai rumah yang dijual oleh syarikat DBI, timbul pula dakwaan beberapa individu yang mendakwa ditipu oleh syarikat beliau. Malah beberapa institusi turut menafikan mereka memberi pengiktirafan dan kelulusan bekerjasama dengan syarikat DBI.

5. Filem Blok 404

Suatu ketika dahulu filem ini pernah mendapat sambutan hangat kerana memaparkan jalan cerita seram yang berbeza dari filem lain ketika itu. Tahun 2017 telah menyaksikan pembikinan semula filem ini dan DBI bertindak sebagai pengarah dan pelakon filem remake ini.

Namun apa yang mencetuskan kontroversi adalah apabila DBI membuat kenyataan bahawa pelakon Tasha Shilla akan berlakon dalam filem ini. Akui tidak selesa dihimpit pelbagai persoalan, Tasha Shilla melalui instagram nya tampil menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut dan turut menggelar DBI sebagai pakcik.

Pelbagai kontroversi terus dikaitkan dengan DBI. Apapun, kami di Hangat mendoakan Dato Boy Iman akan terus sukses dengan setiap bidang yang diceburi dan dapat membuka mata mereka yang selalu menindas beliau.

dato boy imanpekidatasha shilla
https://lomp.at/63eto
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore