5 Sebab Kenapa Neelofa Dilantik Menjadi Duta Lancome

54
KONGSIAN

Tahun 2017 menyaksikan nama Neelofa berada di puncak apabila pelbagai berita gembira telah diperolehi hasil menempa nama di dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Terbaru melalui akaun Instagramnya, Neelofa mengumumkan satu lagi berita gembira apabila beliau telah dilantik menjadi duta berhijab pertama untuk jenama antarabangsa, Lancome

Namun, pernahkah anda terfikir apakah faktor kenapa Neelofa dipilih sebagai duta antarabangsa? Kami bawakan 5 sebab kenapa si cantik ini cukup bertuah!

  1. Sebelum ini Neelofa telah mengumumkan bahawa beliau telah dilantik menjadi duta jenama kristal Austria, Swarovski. Bukan mudah untuk meyakinkan jenama – jenama antarabangsa. Dengan pencapaian terdahulu, Lancome tidak akan teragak – agak mengambil Lofa sebagai duta mereka

https://www.instagram.com/p/BZk1zfXFDYI/?taken-by=neelofa

2. Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2015

Sejak tahun 2015, nama Lofa cukup sinonim dalam industri hiburan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu pasti terselit berita mengenainya. Tidak hairanlah pada tahun 2015, Lofa telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Malaysia.

3. ‘Muka Lofa dimana – mana’ 

Jika anda perasan, wajah si cantik Lofa berada di hampir setiap pelusuk. Jika di televisyen, Neelofa akan menemani anda di rancangan yang diacarakannya, di luar pula anda akan melihat Lofa berada di kedai jam dan butik kecantikan. Rasanya anda sudah mengerti, bukan?

4. Tersenarai sebanyak 3 kali di dalam Forbes 

Siapa sahaja yang tak terkenal dengan Majalah antarabangsa Forbes. Neelofa sesungguhnya mempunyai aura nya tersendiri apabila tersenarai sebanyak 3 kali di dalam majalah ini bagi kategori

  • 30 Under 30 – Asia – Retail & Ecommerce
  • 30 Under 30 – Asia – Celebrities
  • 30 Under 30 – Asia – Pioneer Women

5. Pemilik dan pengasas Naelofar 

Usia muda bukanlah penghalang untuk beliau berjaya. Sehingga kini jenama beliau, Naelofar terus berdiri teguh dalam mengusahakan tudung dan selendang untuk perempuan bertudung.

Mengenai Lancome, akui Lofa, beliau sememangnya sudah lama memakai jenama Lancome dan apabila menerima tawaran ini, Lofa berasa sangat terkejut dan bertuah kerana dapat menjadi duta bagi jenama kosmetik terkenal ini.

Tahniah diucapkan buat Lofa diatas berita gembira yang berganda ini. Semoga terus sukses mencipta nama di pentas antarabangsa!

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN