Menerusi sebuah laman sembang, tersebar mengenai sebuah gambar yang dipercayai telah disunting dari sebuah video pornografi di laman Tumblr. Di dalam video tersebut, terlihat dua orang lelaki yang dipercayai sedang melakukan hubungan sejenis.

Lelaki Dalam Video Mirip Anding

Lebih mengejutkan, lelaki yang sedang rakus ‘diratah’ di dalam video tersebut dikatakan mirip salah seorang peserta Homecoming Akademi Fantasia Megastar, Anding Indrawani.

Malah di ruangan komen forum tersebut, terdapat gambar seorang lelaki yang dikenali sebagai Yusri Rahman yang juga rakan baik beliau turut dikatakan sebagai teman lelaki Anding.

Dari susuk tubuh lelaki dalam video berkenaan memanglah mirip Anding, namun dari segi pemerhatian kami di murai.my, kami yakin lelaki tersebut bukanlah Anding seperti yang didakwa.

IKLAN

Gambar ini buktikan lelaki berkenaan bukanlah Anding

Jika dilihat pada iras wajahnya ternyata jauh sekali mirip Anding. Menurut laporan dari mStar Online, Anding  menjelaskan perkara itu berkata, dia tidak pernah melakukan perkara tidak senonoh kerana ia boleh menjatuhkan maruahnya sendiri.

“Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya. 

Ternyata individu di laman sembang tersebut cuba menjatuhkan maruah Anding sebagai anak seni. Jawab Anding melalui sebuah portal lain, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Eyka Farhana Juga Menjadi Mangsa Tumblr

Sebelum ini, murai.my pernah menyiarkan kisah seorang lagi selebriti yang turut menjadi mangsa fitnah di Tumblr. Selebriti berkenaan adalah Eyka Farhana apabila tular di media sosial mengatakan rakaman video lucah pelakon ini tersebar luas di ruangan Tumblr.

Menafikan perkara tersebut, Eyka mendakwa tuduhan tersebut agak melampau dan cuba menjatuhkan nama baik beliau dan keluarga.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry