Zayn Malik meraih populariti setelah ditemukan dalam pertandingan pencarian bakat. Dengan boyband One Direction pada 2011 lalu, Zayn Malik pun berjaya merebut perhatian peminat wanita.

Wajah tampan Zayn Malik yang terlihat unik dianggap menjadi salah satu alasan namanya menjadi sebutan. Zayn Malik mempunyai darah campuran Inggeris dan Pakistan.

Jika di Malaysia, kita ada Harris Baba mirip seperti Zayn, tapi di Turki, Burak Deniz dianggap punyai wajah seiras dengan Zayn, dilihat dari bentuk bulu kening yang tebal dan bola mata coklat hingga gaya rambutnya.

Burak popular setelah berlakon dalam Aşk Laftan Anlamaz. Selain itu, dia juga antara penghibur dalam komedi bersiri Tatli Küçük Yalancilar, dianggap adaptasi dari Pretty Little Liars.

Setelah melihat wajahnya, netizen mengatakan Burak lebih tampan dibandingkan dengan Zayn Malik. Tak percaya? lihat sahaja gambar-gambar di bawah.

IKLAN

Jejaka yang dilahirkan pada tahun 1991 ini sememangnya mempunyai saingan berat dengan Zayn. Tak dapat dinafikan!

Sumber Elle