Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Wanita Ini Bongkar Identiti Sebenar Boy Iman Dalam PEKIDA

by Khai Azfar
October 5, 2017
Share on Facebook

Sejurus kes penangkapan pengarah Urusan DBI Properties Dato Boy Iman, pelbagai cerita dan kebenaran terus dibongkarkan oleh netizen. Semalam, sejurus sahaja habis tahanan reman, Boy Iman ditahan semula untuk siasatan lanjut,

Dakwa Miliki Taraf Ayahanda

“Kenapa saya menyertai PEKIDA dan saya berpangkat Ayahanda, saya juga adalah Timbalan Pengerusi Insan Prihatin Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kerabat Aura Syifa. Macam Pian, ramai orang tak tahu, dia adalah orang kuat madrasah, kami banyak terlibat dengan amal kebajikan”

Ujar Boy Iman suatu ketika dahulu menerusi sebuah portal hiburan. Sebelum ini ramai yang mengetahui Boy Iman dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor. Namun kini netizen mempertikaikannya kerana selain kereta mewah dan telefon bimbit, sijil kedoktoran beliau turut dirampas untuk tujuan penyiasatan.

PEKIDA Tak Iktiraf Boy Iman

Ternyata pangkat Boy Iman sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) tidak mendapat pengesahan dan pengiktirafan dari PEKIDA.Ini telah dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan

Tambah Rohaida, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman  adalah menerusi pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC) dan hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman.

Dalam sumber lain,Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Datuk Abdul Halim Ali berkata, tindakan Boy Iman itu memang memalukan bagi individu yang mengakui mempunyai status ayahanda.

Sumber Harian Metro 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dato boy imandbi technologypekida
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  5. 5

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara