Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Janna Nick Sedang Hangat Bercinta Dengan Sean Lee?

by Khai Azfar
October 6, 2017
Share on Facebook

Selepas kontroversi adegan bercium Janna Nick dan Fattah Amin dalam sebuah babak drama Coffee Prince, ternyata drama arahan Michael Ang ini mempunyai ‘kontroversi’ nya sendiri walaupun belum ditayangkan.

Sean Lee jatuh hati pada Janna Nick?

Jika bercakap mengenai Sean Lee Jia Ern atau lebih mesra disapa sebagai Sean, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai pelakon baru ini. Tetapi untuk pengetahuan anda, Sean terlebih dahulu mencuri perhatian ramai peminat di Instagram dan laman YouTube nya.

Sejak mulanya penggambaran Coffee Prince ini, pelbagai spekulasi telah ditimbulkan oleh peminat mereka. Terbaru, Sean dikatakan sedang berkawan rapat dengan pelakon utama drama berkenaan, Janna Nick.

Kedua-dua pelakon ini hangat diperkatakan sedang ‘bermain cinta’ dan ini dibuktikan melalui sebuah gambar yang dimuat naik oleh Sean bersama Elfira Loy mendapat reaksi cemburu dari Janna.

Bukan itu sahaja, peminat mereka turut memuji keserasian mereka berlakon dan mengharapkan hubungan mereka menjadi satu realiti.

Namun, menurut Sean mereka hanya berkawan baik bagi menjayakan drama Coffee Prince.

Bekas Maknyah?

Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit yang telah dimuatnaik oleh seorang pengamal media sosial, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Keluarga Pontimau ini telah menari dengan memakai baju wanita di sebuah hotel. Terdapat dakwaan yang mengatakan Sean sering kali berpakaian seperti seorang ‘maknyah’. Terdahulu,Michael Ang menerusi video ‘live’ nya juga pernah menggelarkan Sean sebagai pondan. Namun semua itu hannyalah gurauan Michael Ang semata -mata.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Amminuddin (@freezforshort)



Menurut Sean, beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang ‘happy go lucky’.Mengenai video tersebut pula, ianya hanyalah idea spontan beliau bersama rakan- rakan sewaktu berada di Sabah.

Mempunyai Kelab Peminat Sendiri

Walaupun masih baru dalam industri, Sean hadir dalam pakej bakatnya yang pelbagai dan mempunyai wajahnya yang kacak. Tidak hairanlah beliau mempunyai jenama dan kelab peminatnya tersendiri, LJens. Dalam perkembangan lain, selain berlakon, Sean juga kini sedang aktif menerima pelbagai undangan pengacaraan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
coffee princejanna nicksean leesean li
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara