Setiap tahun kita disajikan dengan berpuluh-puluh filem tempatan, namun bukan semua menjadi pilihan kita untuk ditonton di pawagam dan menjadi lumrah apabila ada filem yang berjaya dan ada juga yang gagal. Tapi filem ini antara jadi pilihan murai.my dan kami akui filem ini benar-benar seram.

Menelan kos RM4.8 juta

Filem seram ‘Haunted Hotel’ terus menghangatkan panggung wayang dengan kejayaan kutipan RM600 ribu di Malaysia dan RM11 Juta di China dalam tempoh 4 hari tayangan sejak 19 Oktober lalu. Filem terbitan syarikat produksi, Lomo Pictures dengan kerjasama He Media dari China membabitkan kos RM4.8 juta.

Penggambaran dilakukan selama sebulan pada Mei tahun lalu. Malah, babak di Amber Court saja mengambil masa 20 hari.

Filem seram gabungan 3 negara, Malaysia, Thailand dan China ini membariskan pelakon–pelakon terkenal seperti Sushar Manaying (Thailand), Leon Li Chuan (China), Teddy Chin, Alvin Chong dan Nadia Aqilah yang berjaya menghidupkan perasaan suspen dalam filem ini.

IKLAN

Filem ini mengisahkan mengenai seorang gadis dari China yang bernama Ling datang ke Malaysia bersama teman lelakinya atas urusan kerja. Dalam masa yang sama, mereka terpaksa menginap di sebuah hotel yang berhantu. murai.my tidak mahu menceritakan cerita sepenuhnya, biar anda tonton sendiri baru suspen.

Amber Court: Hotel Usang Dipenuhi Warga Asing

Amber court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands.

Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

murai.my Dijemput ke Lokasi Pergambaran

Baru-baru ini murai.my telah dijemput oleh Lomo Pictures bersama beberapa orang  bloggers dan media ke Amber Court, Genting Highland untuk Pertandingan “Siapa Paling Berani”. Pihak produksi telah menyewa bilik hotel di Amber court, dimana filem ‘Haunted Hotel’ pernah mengadakan shooting disitu.

IKLAN

Selain dapat bermalam di Hotel yang sungguh misteri ini, pihak produksi membawa kami ke sekitar Hotel untuk melihat sendiri beberapa lokasi seram yang menjadi lokasi pergambaran. 5 lokasi tersebut seperti di bawah.

1.Bilik Hotel

Filem Haunted Hotel ini telah diangkat dari cerita yang sebenar. Malah bilik yang dikatakan milik seorang penghuni yang membunuh diri tidak lama dahulu, turut diselitkan dalam penggambaran filem ini.

2.Tangga Menuju Ke Tempat Letak Kereta

Dalam filem ini, terdapat satu babak di mana pelakon berlari untuk menyelamatkan diri menuju ke tempat letak kereta. Bilik tangga yang agak kotor dan berbau boleh menuju ke bawah bangunan di mana tempat letak kereta yang telah dikosongkan. Lorong tangga ini semakin menggelap dan mulalah rasa takut menyelubungi diri.

3.Tapak Bunuh Diri

Lokasi bunuh diri dengan terjun dari balkoni. Babak ini antara yang mencetuskan rasa takut dikalangan penonton kerana tiba-tiba sahaja salah seorang watak lari menuju ke balkoni dan terjun ke bawah. Kami menyaksikan sendiri lokasi tersebut di mana ia terletak disebelahlobi bangunan. Seram kan?

4.Tandas Awam

Tandas ini tidak digunakan lagi namun ia agak menyeramkan. Tandas ini mempunya 4 bilik air kecil dan salah satunya ada hantu yang berdiri. Bukan ketika kami berada disana tetapi ia merupakan salah satu babak dalam filem ini.

5. Ruang Tempat Letak Kereta

Pihak produksi telah mengaturkan laluan di dalam Amber Court untuk anda dilalui semasa pertandingan ini dan dianggap in sebagai cabaran buat semua peserta. Mereka memilih lokasi tempat letak kereta dan menuju sebuah lorong di mana letaknya beberapa bilik kecil yang ditinggalkan. Difahamkan kawasan ini sangat popular kerana munculnya entiti yang menyeramkan sehinggakan seluruh aras tempat letak kereta itu terpaksa ditutup.

Bilik Kosong di Basement 

Cabaran dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pihak produksi. Mereka telah meletakkan barang iaitu botol minyak wangi di dalam salah satu bilik kosong dan seorang demi seorang harus masuk ke dalam lorong gelap itu mencari mendapatkan botol itu dalam masa seminit.

Dengan hanya bantuan lampu telefon bimbit, ketakutan yang melampau menyebabkan ramai yang gagal menjumpainya. Pengalaman misteri kamera peserta yang gagal berfungsi ketika berada dalam cabaran antara menjadi topik misteri.

Tanpa diduga kami dapat mengatasi rasa ketakutan walaupun dalam fikiran asyik terbayang hantu datang menyergah. Syukur sebab keluar juga dengan selamat dan kami di murai.my mengucapkan terima kasih kepada Lomo Pictures kerana beri peluang kepada kami merasakan pengalaman unik ini.

Tak lupa juga pada VC Malaysia kerana  menaja hadiah telefon pintar VC Violet III buat media dan blogger yang memenangi pertandingan cabaran “Siapa Berani’.

Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang penggambaran di Amber Court, krew produksi filem ini juga telah diganggu oleh makhluk halus. Buat anda yang ingin tahu dan melihat sendiri kisah seram Amber Court, bolehlah menonton filem Haunted Hotel yang akan berada di pawagam berhampiran sekarang. Rugi tak tonton!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry