Selamat Hari Lahir murai.my ucapkan buat bekas peserta Hero Remaja, Nazrief Nazri yang menyambut ulang tahunnya yang ke 26 baru-baru ini.

Model Cantik Kekasih Nazrief

Teka-teki siapakah yang berada di dalam hati pelakon yang mula dikenali menerusi pencarian Hero Remaja 2011/2012 akhirnya terjawab apabila Nazrief mula menunjukkan beberapa keping gambar teman wanitanya itu. Hasil tinjauan murai.my, kami mendapati wanita tersebut adalah seorang model. Cantik!

“Thank you for today love”

Menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka, Nazrief turut memuat naik gambar mereka berdua meraikan sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

IKLAN

Tampil Dengan Single Cinta Semalam

Buat anda yang tidak tahu, Nazrief juga kini bergelar sebagai seorang penyanyi. Tampil dengan single terbaru beliau berjudul Cinta Semalam, Nazrief turut mendapatkan khidmat nasihat Bob AF Megastar sebagai guru vokalnya. Semoga terus sukses Nazrief Nazri!

Sumber Instagram Nazrief Nazri 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry