Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kencing Orang Pandai”- Zahirah Macwilson Dedah Perangai Kamal Adli

by Khai Azfar
October 25, 2017
Share on Facebook

Kisah 3 penjuru diantara Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson panas lagi apabila pagi ini, Zahirah mengambil keputusan untuk mendedahkan segala – galanya yang berlaku. murai.my percaya Zahirah berbuat demikian bagi membersihkan namanya yang tercalar dek kerana tuduhan yang mengaitkannya sebagai orang ketiga dalam hubungan Kamal dan Emma.

Kamal Adli Dan Emma Maembong Akhirnya Berpisah

“Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami sudah putus”

Hubungan cinta di antara Kamal dan Emma selama 3 tahun akhirnya berakhir semalam apabila menerusi sumber dari sebuah portal hiburan lain, Emma mengaku bahawa mereka kini sudah putus dan Emma sendiri mengambil keputusan untuk tidak lagi memanjangkan perkara berkenaan.

Bagi Emma sendiri beliau tidak menolak Zahirah antara punca hubungan mereka berakhir begitu sahaja. Kekecewaan jelas terpancar pada Emma kerana kepercayaan yang diberikan kepada Kamal musnah begitu sahaja malah kedua – duanya (Kamal dan Zahirah) menuding jari sesama sendiri.

Zahirah Mengamuk Lagi Angkara Kamal

Berang dengan ‘permainan’ Kamal, Zahirah telah mendedahkan perbualan beliau dan Kamal menerusi aplikasi WhatsApp di Instagram beliau. Walaupun sedar akan akibatnya,pada hemat beliau mungkin ini adalah jalan terbaik untuk netizen tahu akan perkara sebenar dan berhenti menunding jari pada beliau yang dikatakan punca hubungan Kamal dan Emma terputus di tengah jalan.

Topik Berkaitan Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- "Terima Kasih Ayah..."

Pada cetakan skrin perbualan mereka sebanyak 8 keping di Instagram yang dimuat naik oleh Zahirah, murai.my difahamkan mereka berempat termasuk kekasih Zahirah, Zul Ariffin telah bersemuka bagi menjelaskan perkara sebenar namun tidak membuahkan hasil apabila nama Zahirah terus dikaitkan.

Kamal Mengaku Silap

Pada perbualan itu juga, kelihatan Kamal mengaku akan kesilapannya yang mengheret mereka di dalam masalah yang melanda sejak beberapa hari lalu. Kamal juga turut menekankan bahawa beliau dan Zahirah sendiri tidak pernah keluar karaoke berdua sebaliknya keluar beramai-ramai selepas tamatnya penggambaran. Pada akhir perbualan mereka juga, Zahirah meminta kepada Kamal untuk tidak terus melibatkan namanya dalam masalah hubungan mereka.

Sebelum Kamal Adli, Emma Maembong pernah bercinta dengan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak namun turut mengalami nasib yang sama apabila hubungan mereka putus di tengah jalan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
emma maembongkamal adlizahirah macwilsonZul Ariffin
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara