Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pembantu Peribadi Datuk Seri Vida Dipecat?

by Khai Azfar
October 27, 2017
Share on Facebook

Beberapa minggu yang lalu, hangat diperkatakan mengenai seorang jejaka kacak yang dikatakan sedang ‘bermain cinta’ dengan majikannya yang juga jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Jejaka tersebut yang dikenali sebagai Iqbal merupakan pembantu peribadi kepada DSV.

Dipecat Kerana Kontroversi Cinta?

Menafikan dakwaan kononnya mereka bercinta, menurut sumber dari MStar, DSV mengambil keputusan untuk memindahkan Iqbal ke bahagian pemasaran berkuatkuasa pada Khamis.

“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja. Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,”

Menurut DSV, antara sebab mengapa beliau memindahkan pembantu peribadinya itu adalah kerana maruah dan reputasi dirinya sebagai usahawan tercalar. Malah ada diantara akhbar tempatan turut mengganggap DSV menyimpan ‘anak ikan’. Dengan keputusan ini jelaslah bahawa Iqbal hanyalah ditukar dan bukannya dipecat seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal hiburan.

Iqbal Tidak tolak Jodoh Dengan Datuk Seri Vida

Sebelum ini, desas – desus mengenai hubungan mereka mula diperkatakan apabila sebuah akhbar tempatan telah melaporkan bahawa Iqbal tidak menolak andai jodohnya telah ditakdirkan bersama majikannya itu. Namun begitu, ‘hubungan’ mereka seperti tidak dipersetujui oleh anak DSV, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B apabila beliau telah memuat naik paparan keratan akbar tersebut dan menganggap Iqbal hanya mahukan duit ibunya.

Kami di murai.my percaya mungkin Iqbal tidak berniat demikian malah DSV khabarnya sebelum ini mahukan jejaka dari Eropah sebagai peneman hidupnya. Sama – sama kita doakan kebahagiaan buat mereka.

Error happened.
[VIDEO] Kacak & Cik B Pertama Kali Buat Kejutan Sambut Birthday Dato Seri Vida
dato seri vidaIqbal Zulkifli
https://lomp.at/l62po
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara