Mungkin perasaan gembira bercampur haru dirasakan peminat pelakon dan penyanyi popular, Fazura ini dalam sesi bertemu peminat di Melaka. Dalam program tersebut Fazura direncanakan bertemu dengan para penggemarnya dan terlihat dalam video seorang peminatnya yang berusia dalam 40an spontan menitikkan air mata tanda haru dapat dipeluk bintang popular ini.

Menurut akaun Fan Fazura di Instagram @imtiyaz, mereka sempat menembual Makcik itu yang teruja mahu jumpa Fazura dan impiannya akhirnya tercapai.

“Sempat tadi berbual dengan makcik ni. Tanya dia, kenapa makcik bersedih, kenapa makcik menangis jumpa Fazura. Dia kata dia dah lama sangat minat dekat Fazura . Teringin sangat nak jumpa Fazura, bila makcik tahu yang Fazura mahu datang ke Melaka, memang happy sangat-sangat.”

“Masa mula-mula makcik ni nampak Fazura pun, dia sampai terkedu sekejap. Lepas tu baru peluk Fazura, lagi-lagi Fazura peluk lagi dia menangis. Dia tak sangka akhirnya tercapai impian dia nak jumpa fazura.”

Tak hanya itu sahaja, Fazura juga memberikan pelukan kepada makcik itu. Dia sangat sebak tatkala mendapat pelukan dari idolanya itu.

Tentu kejadian ini akan menjadi momen yang sangat indah bagi mak cik ini. Untunglah!

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry