Bakal terbang ke Tanah Suci dalam masa beberapa minggu lagi, finalis AF Megastar, Marsha teruja untuk menunaikan umrah buat kali pertama ini.

Marsha memaklumkan menerusi Instagram yang mana dia baru sahaja selesai kursus Umrah bersama suami tercinta. Dalam keputusannya untuk menunaikan umrah, ramai juga netizen yang menjangkakan penyanyi cantik ini bakal bertudung.

IKLAN

Rata-rata netizen memuji penampilan Marsha yang semakin cantik apabila mengenakan tudung dan mengharapkan Marsha akan bertudung selepas pulang dari menunaikan Umrah.

Alyah, Rozita Che Wan, antara selebriti yang mengambil keputusan untuk bertudung selepas balik dari Umrah. Sememangnya ,kini sudah semakin ramai barisan selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk bertudung litup. Mungkin ini juga doa daripada peminat yang mahukan artis kesayangan mereka bukan sahaja kelihatan cantik di luar malah turut cantik di dalam.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh memeluk Islam sebelum melangsungkan pernikahan bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada Januari tahun 2016.