Perhatian netizen baru-baru ini terarah pada baju kebangsaan yang akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James pada pertandingan Miss Universe 2017.

https://www.instagram.com/p/Ba5N_akgpw-/?hl=en&taken-by=samanthakayty

Jika sebelum ini Menara Kembar KLCC menjadi inspirasi, manakala Miss Universe dari Thailand pernah memakai pakaian kebangsaan bercirikan Tuk Tuk, Indonesia pernah memakai pakaian bercirikan Candi Borobudur dan Jepun memakai pakaian ninja samurai.

Inspirasi dari nasi Lemak

Namun pada tahun ini kita meletakkan makanan kegemaran rakyat Malaysia, Nasi Lemak ke pentas dunia untuk dilihat.

Busana putih dengan detail kristal sebagai simbol dari nasi lemak, warna merah pada detail dada menggambarkan sambal, serta detail replika telor rebus di bahagian pinggang, replika ikan bilis dan irisan timun di pinggang dan terakhir ada daun pisang di bahagian sayap melambangkan pembungkus nasi lemak. Unik kan?

Namun murai.my sangat suka dengan konsep ini. Nampak lain daripada yang lain. ‘Busana Nasi Lemak’ ini turut mendapat perhatian netizen. Ada yang memuji dan tidak kurang juga yang membuat jenaka. Apa-apa pun kami berharap Samantha bakal mengharumkan nama negara dengan meraih gelaran Miss Universe 2017.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN