Bukan hanya model-model kelas atas, kadang-kadang majalah juga sering kali menunjuk wajah artis untuk menghiasi halaman depan. Seperti pelakon dan ahli perniagaan Zara Zya yang nampak lain penampilannya tatkala melihat gambar terbarunya ini.

Bagi murai.my, perjalanan karier Zara Zya nampaknya kian cemerlang. Tidak hanya di bidang lakonan tapi juga perniagaan. murai.my juga mengikut perkembangan Zara yang semakin banyak dugaan menimpa dirinya dan dia terus bersabar.

Wajah cantiknya kini menjadi model untuk majalah-majalah dan akhbar harian ternama. murai.my difahamkan, Zara yang baru sahaja menjalani pembedahan ketumbuhan kelenjar di bahagian pipinya awal Julai lalu, namun dia tidak ragu untuk tampil seksi di dalam beberapa gambar sesi fotografi yang dijalaninya.

Jom lihat gambar-gambar ini yang dikongsikan sendiri oleh penulis BH Hip, Jaydee Mohamad.

IKLAN
Gambar Dari BH Hip (berita Harian)
Gambar Dari BH Hip (berita Harian)
Gambar Dari BH Hip (berita Harian)
Gambar Dari BH Hip (berita Harian)
Gambar Dari BH Hip (berita Harian)

Tampil dengan penampilan dan gaya sensual, Zara muncul dalam BH Hip yang diedarkan di seluruh negara pada hari ini (1/11/2017). Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengenakan pakaian warna biru dengan corak emas. Rambutnya dibiarkan mengurai sehinggakan kelihatan agak matang dan seksi. Penampilannya yang agak berani dengan mempamerkan kakinya yang mulus.

Tak hanya menjalani sesi fotografi, Zara juga menjalani sesi wawancara dengan pihak Berita Harian. Di sana, wanita ini berbicara tentang penafiannya tentang guna bomoh untuk ubah wajah. Untuk mengetahu lebih lanjut, boleh dapatkan BH Hip di kedai yang berhampiran.

Sumber BH Hip