Pengacara dan model, Nabil Mahir mengejutkan dunia pengacaraan apabila muncul dengan warna rambut baru. Warna yang jarang lelaki gayakan iaitu warna hijau terang. Dia membuat gaya rambut barunya ini bagi menghadiri satu sesi temubual bersama pelakon filem hebat Justice League di Kota London 4 November yang lalu.

Gaya terbaru Nabil ini seperti disambut baik oleh peminat-peminatnya dan ada dikalangan mereka yang samakan wajah Nabil seperti watak Joker dalam filem Batman. Lihat foto-foto ini! Apa kata anda?

Ramai yang sudah mengetahui, Nabil sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara TV Sarah Hildebrand dan sehingga kini ramai peminat yang tertanya-tanya bila agaknya mereka berdua mahu tamatkan zaman bujang.

https://www.instagram.com/p/Bai0tJ2gwhr/?taken-by=nabilmahir

IKLAN

Menurut laporan dari Mstar, Sarah berkata, buat masa ini mereka bersepakat untuk memberi tumpuan untuk memantapkan karier seni mereka terlebih dahulu dan tidak terburu-buru untuk berkahwin.