Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

6 Rahsia Mengenai Suami Mawar Rashid Yang Ramai Tidak Tahu

by Khai Azfar
November 10, 2017
Share on Facebook

Tahniah kami ucapkan buat Mawar Rashid yang selamat dinikahkan dengan pasangannya yang juga adik kepada Datuk Fazley, Raf Yaakob.

Sekali Lafaz

Majlis pernikahan pasangan ini yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur itu disaksikan kenalan rapat dan kedua keluarga mereka. Mawar, 22, menerima RM900 sebagai mas kahwin namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Mawar dan Raf sah bergelar suami-isteri dengan hanya sekali lafaz. – murai.my

6 Rahsia Mengenai Raf Yaakob

Sememangnya ramai lebih mengenali Mawar berbanding Raf yang baru berjinak dalam industri hiburan. Untuk itu kami bawakan 6 rahsia mengenai Raf Yaakob yang mungkin anda tidak tahu. – murai.my

1. Asal Usul Nama Raf

Mungkin ramai yang bertanya dimanakah nama Raf, sedangkan nama sebenarnya adalah Raden Ahmad Faizal Yaakob. Untuk makluman anda, nama Raf diambil bersempena abjad awal nama beliau iaitu R.A.F. – murai.my

2. Pernah Berkahwin Dan Mempunyai Dua Cahaya Mata

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf mempunyai dua orang cahaya mata. Uniknya lagi, salah seorang anaknya itu lahir pada hari yang sama dan di hospital yang sama dengan kelahiran anak ketiga abangnya, Datuk Fazley Yaakob. Meriah rumah! – murai.my

3. Mempunyai Darah Jawa

Melihatkan pada namanya sahaja sudah kita ketahui pasti keluarga mereka mempunyai darah jawa. – murai.my

Malah pada majlis pernikahan mereka malam tadi turut bertemakan jawa manakala malam berinai bertemakan Thai mengikut keluarga Mawar yang mempunyai kacukan Thai. Thai dan Jawa pasti anak mereka akan kelihatan begitu segak nanti.  – murai.my

4. Presiden Kelab Manchester United Malaysia

Ramai yang tidak tahu bahawa Raf adalah presiden Kelab Manchester United Malaysia. Malah sebagai kejutan untuk isterinya itu, Raf bakal ketemukan beliau dengan para pemain kelab gergasi itu pada bulan hadapan. – murai.my

5. Abang Angkat Emma Maembong

Sebelum ini ramai yang beranggapan bahawa Raf bercinta dengan Emma Maembong. Sebaliknya, Emma menafikan dakwaan tersebut kerana beliau menganggap Raf sebagai abang angkatnya malah kedua-dua keluarga mereka merupakan kenalan rapat sejak mereka berdua kecil lagi.

"Buka Tudung Terus Seksi!" - Perkongsian Terkini Mawar Rashid Undang Kecaman Netizen

Hubungan yang tercipta antara Mawar dan Raf juga adalah hasil usaha Emma yang mengenalkan mereka antara satu sama lain di sebuah acara suatu ketika dahulu.

6. Papa Rock!

Lebih gemar bersikap low profile, Raf sebenarnya gemar pada koleksi kereta mewah. Dek kerana sikapnya itu membuatkan Mawar jatuh hati padanya dan berharap dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik. –

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mawar rashidraf yaakob
Share4Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara