Mak cik bawang sinonimn merujuk kepada individu yang suka menjaga tepi kain orang semasa kenduri kendara. Tangan kupas bawang, mulut sama mengupas hal-hal orang. Kan?

Itu biasalah dalam masyarakat kita. Kalau tak ada sindrom mak cik bawang ini macam tak lengkap pulak ciri-ciri masyarakat kita. Ia sering terjadi pada artis tanahair, Mak Cik Bawang memang suka jadi batu api untuk besarkan perkara yang remeh temeh.

https://www.instagram.com/p/BbFNLA1nlhn/?hl=en&taken-by=mia.ahm4d

IKLAN

Menurut laporan dari Utusan Online, pelakon Mia Ahmad mendakwa, Mak Cik Bawang lah yang tidak berpuas hati dengannya mengenai kontroversi tindakan spontan dia mencium pipi suaminya yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) saat pasukan tersebut memenangi Piala Malaysia minggu lalu.

“Cium suami sendiri, bukan suami orang lain. Entahlah, saya malas sebenarnya nak melayan kecaman mereka. Semua yang selalu tak berpuas hati ini mesti terdiri daripada golongan makcik bawang!” katanya berseloroh.

“Bila pasukan suami kalah, peminat bola sepak akan meninggalkan komen di Instagram saya. Pelbagai kata-kata yang mereka tinggalkan. Sama juga kalau dia melakukan kesilapan, saya pula yang kena.”

https://www.instagram.com/p/BbGatXSnDeX/?hl=en&taken-by=mia.ahm4d

Gambar-gambar meraikan kemenangan ini turut dikongsi oleh Mia di akaun Instagramnya. Mia juga terlihat memberi ciuman pada suaminya. Cium suami sendiri, bukan suami orang lain pun!

Sumber Utusan